Kereta bertembung pikap: Tiga maut di Rompin

BANGI, 2 RABIULAWAL – Perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila tiga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah pikap di Jalan Bahau-Keratong, dekat Perkampungan Orang Asli Bukit Serok, Muadzam Shah, Rompin, Pahang. 

Mereka yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang semalam ialah pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah, 46, dan dua penumpang, Chempaka Alara Azizi, 3, dan pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata Aida Asmalia yang tersepit dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Ketika kejadian, katanya mereka dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan lalu bertembung sebuah pikap dari arah bertentangan yang dipandu lelaki berusia 32 tahun.

Sementara itu, mangsa yang cedera ialah anak pemandu kereta, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14, dan Siti Adawiya Syauqina, 13, adik kepada Siti Auni Syafiqa serta Amelia Kartika Mappatata, 32, ibu Chempaka Alara.

Semua mangsa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, manakala pemandu pikap turut cedera dan dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Zara Qairina naratif

Kes Zara Qairina: Kegagalan KPM kawal naratif punca spekulasi cepat merebak

Next Post

Israel mula gempur pinggir Bandar Gaza

Related Posts