Tanah Rizab belum diganti: Apa yang tinggal untuk generasi muda Melayu?

BANGI, 1 SAFAR – Tanah rizab Melayu bukan sekadar isu pemilikan fizikal. Ia adalah simbol kedaulatan bangsa, benteng terakhir warisan ekonomi dan identiti umat Islam di tanah air ini.

Apabila tanah rizab Melayu tergadai sedikit demi sedikit, sama ada melalui penukaran syarat, kelulusan ‘sementara’, mahupun alasan pembangunan, ia bukan hanya kehilangan tanah, tetapi kehilangan maruah.

Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan lebih 1,600 hektar tanah rizab Melayu di Selangor didapati tidak digantikan, sebahagian besarnya telah dinyahwartakan sejak zaman penjajahan British sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,440 hektar telah dikenal pasti oleh Jabatan Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 dan 2022.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Himpunan Turun Anwar: Operasi KTMB berjalan seperti biasa

Next Post

PN dakwa DBKL sita pentas Himpunan Turun Anwar

Related Posts