Cadangan Akta Anti Buli akan dibincang di Kabinet – Anwar

BANGI, 27 SAFAR – Cadangan untuk menggubal Akta Anti Buli yang menggunakan sistem tribunal bagi kes membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibawa ke Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Cadangan, Azalina Othman akan bawa bincang ke mesyuarat Kabinet,” kata Anwar ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, seperti dilapor Astro Awani.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa ketika ini tiada undang-undang khusus diperuntukkan bagi kesalahan buli, sebaliknya bergantung kepada Kanun Keseksaan serta peruntukan undang-undang lain.

Katanya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan yang turut disuarakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kerana pelaku dan mangsa dalam kes buli sering melibatkan kanak-kanak, sekali gus menjadikan Akta Kanak-Kanak terpakai ke atas mereka.

Menurut beliau, dalam kes membabitkan pelajar sekolah dan kanak-kanak, sistem tribunal wajar digunakan bagi membicarakan kes buli.

“Ini adalah sesuatu yang perlu dibincangkan oleh Kabinet sama ada terdapat keperluan untuk melihat kepada proses lain dalam hal membabitkan buli kanak-kanak, (iaitu) dengan menggunakan sistem tribunal seperti di bawah Akta Antigangguan Seksual,” katanya.

Azalina turut memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti undang-undang di beberapa negara lain yang mengambil pendekatan berbeza dalam menangani isu buli.

Kes kematian Zara Qairina Mahathir, pelajar sebuah sekolah menengah agama di Papar, Sabah mendapat perhatian apabila didakwa menjadi mangsa buli sehingga mencetus gelombang tuntutan ‘Justice for Zara’.

Hari ini, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu menjadi tumpuan apabila lima remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke mahkamah berkaitan kes buli Zara Qairina. 

Ia merupakan pertuduhan pertama dilakukan berhubung dengan kematian tersebut.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pasukan simpanan Israel makin tidak bersemangat

Next Post

Kerajaan jamin 85 peratus rakyat tidak terkesan penyasaran subsidi RON95

Related Posts