KHAMIS, 6 JANUARI – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bersifat ‘gentleman’ dengan membenarkan siasatan terhadapnya dijalankan jika yakin beliau berada di pihak yang benar.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya berkata beliau perlu letak jawatan atau paling kurang bercuti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.
Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata :
“Tan Sri Azam tidak perlu bimbang terhadap siasatan oleh pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar”
PEMBELA turut mendesak pihak polis dan pihak berwajib lain seperti Jawatankuasa Khas Parlimen diberikan laluan untuk melakukan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap kes yang melibatkan Azam Baki dan kes-kes lain melibatkan SPRM.
Tambah Aminuddin, dakwaan melibatkan Azam Baki adalah kes yang sangat serius yang membuatkan kepercayaan rakyat semakin hilang terhadap SPRM.
PEMBELA tidak pernah lupa bagaimana SPRM memandang sepi laporan-laporan yang PEMBELA lakukan dalam kes pencerobohan tanah khususnya di negeri Pahang (durian Musang King Raub, dsb) walaupun pelbagai bukti yang terbongkar seperti sudah terang lagi bersuluh.
Oleh itu, PEMBELA tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM