BAITULMAQDIS, 10 Rejab – Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menggesa pentadbiran negara haram melaksanakan “pengurusan sivil sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza”.
Dia turut mengumumkan rancangan untuk mengurangkan bantuan kemanusiaan kepada tahap minimum yang diwajibkan oleh undang-undang antarabangsa sebaik Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, memegang jawatan akhir bulan ini.
Kenyataan tersebut mencetuskan kebimbangan komuniti antarabangsa, yang khuatir desakan berkenaan akan memperburuk keadaan kemanusiaan di wilayah yang sudah sedia bergolak itu.
Langkah ini dijangka menimbulkan ketegangan dalam hubungan serantau dan antarabangsa, memandangkan Gaza bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk menampung keperluan asas penduduknya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI