Hakim ICC tolak permintaan Israel batalkan waran tangkap Netanyahu

THE HAGUE, 21 MUHARRAM – Hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak permintaan Israel untuk menarik balik waran tangkap terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya ketika mahkamah meneliti cabaran Israel terhadap bidang kuasa ICC untuk mengendalikan perang Gaza.

Dalam keputusan yang diterbitkan di laman web rasmi ICC, hakim turut menolak permintaan Israel untuk menggantung siasatan lebih meluas ICC terhadap dakwaan jenayah kekejaman di wilayah Palestin.

ICC mengeluarkan waran tangkap pada 21 November lalu terhadap Netanyahu; bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant; serta seorang pemimpin Hamas, Ibrahim al-Masri, atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan konflik di Gaza.

Namun pada Februari lalu, ICC memaklumkan bahawa waran terhadap al-Masri yang juga dikenali sebagai Mohammed Deif, ditarik balik susulan laporan yang boleh dipercayai mengenai kematiannya.

Israel menolak bidang kuasa mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu dan menafikan terlibat dalam sebarang jenayah perang di Gaza.

Israel menyifatkan tindakan ketenteraannya sebagai usaha memusnahkan Hamas susulan serangan kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober 2023. Israel kini sedang mencabar kesahan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant.

Rejim Zionis berhujah bahawa keputusan panel rayuan pada April lalu yang mengarahkan dewan pra-perbicaraan menyemak semula bantahan Israel terhadap bidang kuasa ICC bermakna tidak ada asas bidang kuasa yang sah untuk meneruskan waran tersebut.

Namun, hakim menolak hujah itu sebagai tidak tepat dan menegaskan bahawa cabaran Israel terhadap bidang kuasa berkenaan masih dalam proses dan waran tangkap akan kekal berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan khusus mengenai isu itu.

Tiada garis masa ditetapkan untuk keputusan mengenai bidang kuasa dalam kes ini.

Pada Jun lalu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap empat hakim ICC, satu tindakan balas yang belum pernah berlaku sebelum ini susulan penerbitan waran tangkap terhadap Netanyahu.

Dua daripada hakim yang dikenakan sekatan itu adalah dalam panel yang membuat keputusan menolak permintaan Israel untuk membatalkan waran tersebut. – REUTERS

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel mengganas lagi di Damsyik, 3 maut 34 cedera

Next Post

Pasukan Maritim Malaysia bawa pulang  kapal EX-USCG Cutter Steadfast

Related Posts