Pasukan Maritim Malaysia bawa pulang  kapal EX-USCG Cutter Steadfast

BANGI, 21 MUHARRAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menghantar pasukan kru pertama untuk membawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast dari Amerika Syarikat ke tanah air.

Pasukan seramai 46 anggota itu akan berlepas ke Baltimore, esok dengan kapal itu bakal menjadi aset terbaharu Maritim Malaysia yang dapat memperkukuhkan keupayaan penguatkuasaan maritim negara, terutama di perairan Laut China Selatan.

Kapal EX-USCG Cutter Steadfast sebelum ini digunakan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat, sepanjang 64.14 meter dan lebar 10 meter, mampu mencapai kelajuan sehingga 18 knots, dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan November depan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, misi pasukan itu bukan saja membanggakan Maritim Malaysia, malah negara secara keseluruhan.

Katanya, misi ini bukan sekadar pelayaran biasa, tetapi adalah simbol pengiktirafan antarabangsa kepada keupayaan dan profesionalisme Maritim Malaysia.

“Jaga nama baik negara, kekalkan integriti dan tunjukkan disiplin tinggi sepanjang anda semua berada di sana,” katanya dalam sesi amanat khas di Putrajaya, semalam.

Seramai empat kru Maritim Malaysia berada di Baltimore sejak Mei lalu bagi menjalani latihan penyesuaian dan pemeriksaan teknikal ke atas kapal berkenaan sebagai persiapan awal sebelum pelayaran pulang.

Mohd Rosli turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di atas kelulusan dalam proses penerimaan kapal ini dari US Coast Guard.

Menurutnya, tanpa sokongan padu kerajaan, misi itu tidak akan menjadi kenyataan.

Katanya, ini juga membuktikan kepimpinan negara sentiasa mendukung pengukuhan keselamatan maritim.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hakim ICC tolak permintaan Israel batalkan waran tangkap Netanyahu

Next Post

Idris sindir penyokong PKR buat laporan polis halang himpunan

Related Posts