Sekilo gula RM15, harga barang di Gaza terus meningkat

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 3 RAMADAN — Rakyat Palestin memaklumkan kenaikan harga barang berlaku di Gaza selepas Israel menyekat kemasukan bekalan bantuan dari lintasan Rafah. 

 

Belal Al-Helou berkata kenaikan harga barangan asas tetap berlaku walau pihak berkuasa cuba memastikan harga di pasaran kekal stabil, lapor AFP. 

 

“Hari ini ramai membuat pembelian panik membeli bekalan makanan kerana harganya meningkat dengan mendadak.

 

“Hari ini sekilo gula berharga 10 shekel atau 12 shekel kira-kira (RM15) dan lebih dua kali ganda harga sebelum perang.

 

“Selagi lintasan Gaza ditutup, harga akan meningkat dan meningkat lebih banyak lagi,” katanya.

 

Adly Al-Ghandour pula mendakwa harga barangan meningkat kepada 80 peratus dan ia akan meningkat sehingga 200 peratus jika lintasan Rafah terus ditutup.

 

Sementara itu, Doktor Tanpa Sempadan di Gaza berkata, trak yang sepatutnya tiba dengan muatan penuh pada Ahad lalu diarah berpatah balik dari sempadan Rafah. 

 

Penyelaras Kecemasannya, Caroline Seguin berkata Israel tidak seharusnya mempertaruhkan bantuan kemanusiaan sebagaimana disepakati dalam perjanjian gencatan senjata.  

 

“Bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada rundingan gencatan senjata sedangkan penduduk Gaza memerlukan bantuan.

 

“Rakan kami di Gaza yang bertahan 15 bulan, hilang semangat kerana mereka takut untuk menghadapi kembali situasi apabila tidak dapat mencari roti dan daging di bandar.

 

“Harga barangan juga semakin meningkat termasuk telur kepada 150 peratus,” katanya.

 

Hamas mendakwa selain sekatan bantuan kemanusiaan, Israel juga gagal menghantar 65,000 rumah kontena sebagaimana dalam perjanjian gencatan senjata fasa pertama.

 

Pemimpin kanannya, Osama Hamdan berkata, hanya 15 daripada 65,000 rumah kontena memasuki Gaza semasa gencatan senjata fasa pertama.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pensyarah: PM ketiga disiasat, rakyat sangsi integriti pemimpin

Next Post

RUU URA ancam kuasa Melayu bandar, kata Dr Mahathir

Related Posts