GST vs SST: Tiada media berani siarkan berita PMX diperlekeh – Tun Faisal

BANGI, 19 ZULHIJJAH — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mengambil iktibar apabila ucapannya membandingkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dipersenda ramai pihak terutama dalam kalangan pengguna media sosial.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, situasi itu bukan sahaja memalukan buat pemimpin negara tetapi juga mencerminkan kejahilannya yang ketara tentang sistem percukaian GST dan SST.

Beliau berkata, keadaan ini dilihat semakin ‘parah’ apabila parti komponen Kerajaan Madani juga memperlekeh perbandingan yang dibuat oleh Perdana Menteri sehinggakan mereka yang menyokong kerajaan hari ini tidak mampu mempertahankan kenyataan yang disifatkan bercelaru itu.

“Realitinya, rakyat hari ini jauh lebih celik dan cerdik daripada ahli dan penyokong PKR, DAP dah Pakatan Harapan (PH).

“Malah, ahli dan cybertroopers UMNO dan MCA yang lebih faham mengenai GST dan SST pun tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memperlekeh dan membidas kenyataan PM10.

“Maka, tidak hairanlah jika emoji ketawa, komen-komen mengutuk dan menyindir PM10 juga datang daripada ahli-ahli dan cutro UMNO serta MCA sendiri,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Mengulas lanjut, kegagalan Perdana Menteri untuk memahami perbezaan asas antara GST dan SST mencerminkan kelemahan besar dan kejahilan yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan dasasr percukaian dan ekonomi negara secara menyeluruh.

Katanya, ekonomi negara berada dalam risiko tinggi, bukan kerana tekanan luaran semata-mata, tetapi kerana dasasr dalaman yang diputusdkan berdasarkan kefahaman cetek dan kefahaman yang salah oleh Perdana Menteri.

“Maka, tidak menghairankan jika Malaysia masih terkebelakang, masih kekal menggunakan sistem cukup kepenggunaan kuno (SST), sedangkan lebih 160 negara di dunia telah beralih kepada sistem yang lebih cekap dan telus seperti GST,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Faisal turut meluahkan rasa bimbang apabila tiada satu agensi media utama yang menganggap ini sebagai isu kritikal dan tidak berani menjadikan isu seperti ini sebagai tajuk utama semalam.

Katanya, kesiluan media untuk menjadikan kejahilan PM10 sebagai tajuk berita utama boleh mengakibatkan tanggapan yang salah terhadap agensi media Malaysia, iaitu mereka dikuasai, dikongkong budaya takut dan tiada kebebasan sebenar.

“Bayangkan jika perkara sama berlaku berlaku di negara lain. Seorang presiden atau perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak tepat, dangkal dan mengelirukan rakyat mengenai sistem percukaian.

“Pasti ia menjadi bahan berita dan jenaka utama di akhbar, TV dan menjadi perdebatan nasional

“Malangnya, di Malaysia, walaupun PM10 diperlekeh dan dipersenda secara terbuka dan begitu teruk sekali oleh pembangkang, rakyat dan sekutu sendiri.

“Rakyat hanya tahu mengenainya melalui media sosial kerana media Malaysia memilih untuk membisu dan tidak menyampaikan berita mengenainya kepada rakyat,” katanya sambil mempersoalkan sama ada situasi ini menggambarkan kegagalan institusi media memikul tanggungjawab semak dan imbang.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia perlu juarai suara keamanan dunia – Takiyuddin

Next Post

GST: ‘Siapa yang patut pergi kursus, rakyat atau Perdana Menteri?’ – GPS

Related Posts