RABU, 22 DISEMBER – Pasca banjir di Negeri Selangor, menyaksikan ramai warga tempatan dan para NGO serta pihak berkuasa mula membersihkan rumah mangsa banjir yang sudah pun surut airnya.
TV Pertiwi membuat tinjauan di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat yang terkesan ekoran banjir yang melanda pada hujung minggu lalu.
Misi pembersihan kawasan kejiranan hari ini turut disertai Yayasan Maghfirah yang turut serta menyantuni penghuni kediaman ini.
Di kawasan kejadian dapat disaksikan pahit getir mangsa yang terpaksa berdepan dengan paras air sehingga dada orang dewasa.
Dalam kejadian banjir di Hulu Lanagt kawasan perumahahan ini tidak pernah dinaiki air sbeleum ini.
Justeru mereka amat mengharapkan bantuan daripada mereka yang sudi.
Nur Hadirah, Pegawai Perhubungan Luar Yayasan Maghfirah berkata :
‘’… Alhamdulillah hari ni Yayasan maghfirah dapat turun….kita membantu untuk membersihkan rumah dan bantuan-bantuan asas.
Menurut beliau setakat ini bantuan utama yang diberikan adalah bantuan membersihkan kawasan penduduk yang terjejas.
Selain itu, ujarnya lagi bantuan makanan dan beberapa bantuan asas diberikan secara berfasa dan menyusul kemudian nanti.
Jumlah sukarelawan yang terlibat dianggarkan kira-kira 40 orang yang terdiri daripada pelajar dan ahli pertubuhan Yayasan Maghfirah sendiri.
Haziz Lauji, Sukarelawan Yayasan Maghfirah berkata :
‘’…Pada hari ni kitaorang….banjir dah surutkan, itu jelah…’’