Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia perlu juarai suara keamanan dunia – Takiyuddin

BANGI, 19 ZULHIJJAH – Malaysia digesa menyatakan pendirian tegas dan jelas susulan konflik ketenteraan membabitkan rejim Israel dan Iran yang kini semakin membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Ketua Whip Pembangkang, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan – khususnya Putrajaya – perlu segera memanfaatkan kedudukan negara sebagai Pengerusi ASEAN bagi menjuarai suara keamanan serantau dan global.

Beliau berkata, Malaysia bukan sahaja perlu menggembleng komitmen negara-negara anggota ASEAN ke arah penyuraian konflik, tetapi juga memperkukuh peranannya di pentas antarabangsa.

“Malaysia harus memainkan peranan yang lebih besar dan berkesan, termasuk melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Negara-negara Komanwel bagi mencapai matlamat yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketegangan meningkat selepas Israel melancarkan serangan udara berskala besar sejak 13 Jun lalu, menyasarkan lebih 100 lokasi strategik di Iran – termasuk kemudahan nuklear Natanz dan Fordow, pangkalan tentera Parchin serta beberapa lapangan terbang utama.

Serangan yang digelar “Operasi Rising Lion” itu menyebabkan beberapa tokoh kanan ketenteraan Iran terkorban, termasuk Ketua Staf Mohammad Bagheri dan Komander Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Hossein Salami, selain beberapa saintis nuklear penting.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke wilayah Israel, menyebabkan korban jiwa dan kemusnahan infrastruktur awam.

Setakat ini, lebih 400 kematian dilaporkan di pihak Iran, manakala hampir 20 rakyat Israel terbunuh, dengan ratusan lagi cedera. Ketegangan ini turut menjejaskan pasaran minyak global dan mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya perang terbuka yang lebih luas di rantau Asia Barat.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Janji Benar 3: Iran lancar serangan peluru berpandu baharu

Next Post

GST vs SST: Tiada media berani siarkan berita PMX diperlekeh – Tun Faisal

Related Posts