IKRAM akan fail rayuan keputusan Mahkamah Tinggi tolak saman fitnah Ridhuan Tee

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 2 ZULKAEDAH – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes saman fitnah berjumlah RM200 juta terhadap pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

 

Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin berkata, pemfailan rayuan berkenaan kapisiti untuk memfailkan saman fitnah.

 

Pada masa sama, beliau mendakwa, walaupun mahkamah menolak saman tersebut dari sudut teknikal berkaitan isu kapasiti undang-undang pertubuhan, mahkamah tetap memutuskan bahawa kandungan penulisan Dr Ridhuan Tee di Facebooknya pada 2020 mempunyai unsur fitnah terhadap IKRAM.

 

Menurut Badlishah,ketiga-tiga artikel ini mengandungi dakwaan yang tidak berasas, tidak benar dan mencemarkan reputasi IKRAM sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan yang sah berdaftar di Malaysia.

 

“Sebelum mengambil tindakan undang-undang, IKRAM terlebih dahulu telah mengambil langkah damai dengan menghantar surat rasmi kepada Dr Mohd Ridhuan Tee pada 16 April 2020 untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan.

 

“Malangnya, beliau tidak memberi maklum balas dan enggan bertemu. Justeru, IKRAM terpaksa memfailkan saman fitnah pada 25 Mac 2021 demi mempertahankan maruah dan integriti pertubuhan,” katanya dalam kenyataan.

 

Badlishah berkata, Keputusan itu jelas membuktikan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan terhadap IKRAM adalah tidak berasas dan mencemarkan imej pertubuhan.

 

“Sebagai pertubuhan yang sentiasa mengutamakan pendekatan harmoni dan dialog, IKRAM kekal terbuka untuk berbincang secara langsung dengan mana-mana pihak yang mempunyai pandangan berbeza, termasuk Dr. Ridhuan Tee, demi menjernihkan kekeliruan

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sikap anti Melayu, Islam bukan dinafikan dengan beri peruntukan sahaja – Tun Faisal

Next Post

Subsidi telur ayam tamat 1 Ogos

Related Posts