RABU, 29 DISEMBER – Sebanyak 306 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara ini berkemungkinan adalah varian Omicron.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan IMR melibatkan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember 2021.
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata :
“…kementerian kesihatan malaysia ingin memaklumkan bahawa…dan kini menunggu keputusan jujukan penuh genom sequencing…”
Khairy turut memaklumkan, kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
Jelasnya, kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.
Angka positif harian covid-19 hari ini merekodkan 2, 897 kes menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kepada 2, 746 ribu 833 kes.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 78 perpuluhan empat peratus populasi yang telah lengkap divaksin.
Bagi pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik menerusi laman web covidnow selepas tengah malam.