Contohi tindakan tegas MARA, SKMM digesa ambil tindakan terhadap Cybertrooper

Oleh Balqis Idris

 

BANGI, 9 SYAWAL — Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap cybertrooper dalam menyebarkan fitnah, provokasi dan menyentuh isu sensitif membabitkan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

 

Pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar berkata suruhanjaya itu wajar mengambil pendirian sama seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang tidak berkompromi dengan kes buli di asrama.

 

“Sepatutnya mereka yang melakukan kesalahan berulang, lebih daripada dua kali dipanggil untuk disiasat atau diambil keterangan tidak diberi peluang untuk bebas melakukan penjenayahan sosial.

“Kemekkan keyboard mereka.

 

“Hukumlah mereka dengan apa jua akta atau undang-undang untuk memastikan pasti penjenayah yang boleh merosakan agama, kerukunan hidup bernegara itu dari terus bermaharajalela,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

 

Tambah beliau, apabila cybertrooper terus dibiarkan bebas, disiasat kemudian dilepas, mereka akan besar kepala dan tidak ada rasa takut untuk melakukan jenayah.

 

Katanya, ini akan menyebabkan kekuasaan kerajaan yang ada pada hari ini diperkotak katikan.

 

Terdahulu, beliau menyambut baik tindakan diambil oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) terhadap pelajar terlibat kes buli di MRSM baru-baru ini. 

 

“Kesemua mereka terbabit dipecat dari sekolah berkenaan. Pihak Mara tidak berkompromi dengan pelajar nakal dan tidak menunjukkan saksiah sebagai anak didikan Mara. 

 

“Baguslah, ketegasan pihak Mara patut dipuji dan disokong,” katanya.

 

Katanya, pihak berkuasa perlu menggunakan apa sahaja akta atau peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi membendung perbuatan tidak bertanggungjawab menjadi semakin parah.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tingkat kualiti, Malaysia mampu hadapi tarif AS, kata Nazri

Next Post

Netanyahu gagal pujuk Trump kurangkan tarif timbal balik

Related Posts