Oleh Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi.
SELASA, 28 DISEMBER – Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh penduduk Kg Batu 1, Temerloh, selain keluhan mengenangkan kediaman mereka yang ditenggelami air dalam banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.
Jelas terpancar kegusaran di wajah mereka ketika ditemui TV Pertiwi di Pekan Temerloh hari ini.
Raut wajah mereka seakan akan menerima ketentuan takdir ini jelas memberikan keinsafan dalam diri kita.
Mana tidaknya, banjir kali ini meragut kesemua harta mereka bagai dibadai ombak dilautan.
Bagi pakcik Sofian pengusaha kedai makan yang bersebelahan dengan Sungai Pahang, baginya banjir ini tidaklah seburuk yang pernah terjadi pada tahun 1971.
Sofian Mohamad, Penduduk berkata :
“macam kami orang tua kira di kawasan ini…….alhamdulillah saya masih dapat alih barang barang saya naik ke tingkat atas, tapi yang kesiannya orang orang duduk di taman taman rumahnya setingkat air sampai ke bumbung jadi agak menyeksakanlah”
Salehuddin Abd Salleh, Penduduk berkata :
“.. ada lagi yang paling buruk pada tahun 2014… kampung tg bangau di tepi jalan tepi sungai la”
Bukan sahaja rumah dan kedai kedai yang ditenggelami air, malah monumen yang menjadi kebanggan penduduk Temerloh juga ditenggelami air.