Anwar kecam pihak ‘tunggang’ isu kuil, abang belon

Oleh Balqis Idris

 

BANGI, 8 SYAWAL —

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pihak yang cuba menunggang isu pemindahan kuil dan kecederaan penjaja belon di Kuala Lumpur. 

 

Perdana Menteri berkata ramai mudah terpengaruh dengan ulasan di media sosial seperti menggambarkan ketegangan akan berlaku di Malaysia. 

 

“Kadang-kadang terlalu diheret [isu] terutamanya media sosial dan media kerana mereka suka sensasi. Jadi hal-hal kecil yang boleh kita tangani dengan baik, dijadikan besar.

 

“Seolah-olah perang akan berlaku. Soal kuil, perang. Soal belon, perang, padahal boleh kita atasi dengan baik,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sebelum ini mengumumkan kuil Hindu berusia 130 tahun itu akan dipindahkan 50 meter dari lokasi asal.

 

Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menjelaskan dakwaan kerajaan memberi pampasan berjumlah RM2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman adalah tidak benar.

 

Anwar dalam ucapanya turut mendakwa sesetengah individu menggunakan isu tersebut tanpa mengambil kira kepentingan umum dan gemar menjadikannya sebagai bahan politik.

 

“Sebab itu saya ingin syorkan jangan berikan ruang kerana sesetengah orang dia ‘bebal’, dia tidak fikir kepentingan umum, semuanya mahu dipolitikkan. 

 

“Semuanya mesti dengan cara menghukum,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kesatuan Ulama seru jihad, JAKIM mahu bincang dulu

Next Post

Video dedah Israel bohong, sengaja tembak paramedik

Related Posts