PN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya

 

KUALA LUMPUR, Ahad – Cadangan penggunaan logo PAS adalah sebahagian daripada strategi Perikatan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“PAS masih lagi bersama dengan Perikatan Nasional. Perbincangan strategi untuk menggunakan logo itu adalah strategi dalam pilihan raya. Akan kita umumkan kemudian.”

DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN / Setiausaha Agung Perikatan Nasional

Perikatan Nasional berkemungkinan akan menggunakan logo PAS sebagai strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin, perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya ia akan diumumkan kemudian, selepas keputusan mengenainya dibuat.

Dalam pada itu, Hamzah turut berpandangan tidak ada salahnya jika PRU15 diadakan segera jika semua pihak, termasuk rakyat sudah bersedia.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRU15 nanti.

Namun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata itu pandangan peribadi dan sehingga kini PAS masih menggunakan logo PN.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Stok Minyak Masak Sukar Didapati, Membebankan Pengguna

Next Post

3 Beranak Ditemukan Lemas, Saling Berpelukan Dalam Kereta

Related Posts