Video dedah Israel bohong, sengaja tembak paramedik

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 8 SYAWAL — Tentera Penjajah Israel (IOF) kini memberikan versi baharu terhadap pembunuhan 15 anggota perubatan berhampiran bandar Rafah di selatan Gaza, bulan lalu.

 

IOF pada mulanya memberitahu tembakan dilepaskan ke arah kenderaan yang mencurigakan dengan tiada lampu amaran namun bukti mendedahkan sebalilknya, lapor Reuters. 

 

Video yang ditemui daripada telefon bimbit mangsa menunjukkan mereka memakai jaket keselamatan serta jelas ambulans dan trak bomba menghidupkan lampu amaran.

 

IOF sebelum ini mendakwa berjaya menumpaskan sembilan pejuang Hamas dan Jihad Islam yang dalam perjalanan menaiki kenderaan Bulan Sabit Merah Palestin.

 

15 paramedik ditembak mati 23 Mac lalu dan dikebumikan dalam lubang kecil namun mayat mereka berjaya ditemui seminggu kemudian.

 

Satu-satunya mangsa terselamat dalam kejadian itu ialah paramedik Munther Abed mendakwa melihat IOF melepaskan tembakan ke arah ambulans.

 

IOF minggu lalu berkata anggota penyiasat sedang meneliti video kejadian itu dan hasil penyiasatan akan dibentangkan kepada komander tentera.

 

Katanya, laporan awal yang diterima tidak menyatakan mengenai lampu amaran tetapi penyiasat sedang meneliti maklumat operasi untuk memahami kejadian. 

 

“Apa yang kami faham pada masa ini ialah orang yang memberikan maklumat awal tersilap. Kami cuba memahami sebabnya,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anwar kecam pihak ‘tunggang’ isu kuil, abang belon

Next Post

Masalah selesai, Nga enggan jawab abai mangsa letupan

Related Posts