Kesatuan Ulama seru jihad, JAKIM mahu bincang dulu

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 8 SYAWAL — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjelaskan Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan bermesyuarat dalam kadar segera. 

 

Datuk Mohd Nai’m Mokhtar berkata mesyuarat itu bagi meneliti fatwa Kesatuan Ulama Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel ke atas Gaza. 

 

“Fatwa ini hadir dalam suasana krisis kemanusiaan amat meruncing yang menyaksikan kezaliman berterusan terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza.

 

“Saya juga sudah meminta agensi-agensi di bawah kementerian untuk mengadakan libat urus bersama agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut.

 

“Ia demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam khususnya saudara kita di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Nai’m berkata agensi di bawah kementeriannya akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

 

Katanya, ia termasuk Tabung Kemanusiaan Palestin untuk meringankan beban kehidupan rakyat Gaza yang sedang diuji.

 

“Kita semua memikul tanggungjawab bersama untuk terus menyuarakan sokongan, menzahirkan solidariti dan mendoakan kemenangan buat rakyat Palestin yang sedang dizalimi. 

 

“Semoga segala usaha ini menjadi asbab kepada kebebasan dan keamanan yang hakiki buat bumi Gaza,” katanya. 

 

Kesatuan Ulama Sedunia minggu lalu mengeluarkan fatwa kewajipan jihad bersenjata terhadap penjajah di Palestin bagi setiap Muslim yang mampu di kalangan negara Islam.

 

Negara Arab dan Islam juga diwajibkan untuk campur tangan segera dalam aspek ketenteraan selain mengepung musuh Zionis di darat, laut dan udara.

 

Fatwa itu juga mendesak penubuhan pakatan ketenteraan Islam bagi melindungi umat dan menghalang pencerobohan. 

 

Katanya, normalisasi hubungan dengan Zionis serta bekalan minyak dan gas kepada mereka juga perlu diharamkan. 

 

Kesatuan Ulama Sedunia juga mewajibkan berjihad dengan harta untuk membantu rakyat Gaza dan mempercepatkan pembukaan laluan bantuan.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kadir gesa kerajaan waspada tarif timbal balik AS

Next Post

Anwar kecam pihak ‘tunggang’ isu kuil, abang belon

Related Posts