Menteri nafi dakwaan ‘meluluskan kewarganegaraan pendatang Cina’

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 13 RAMADAN – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution hari ini menafikan kenyataan bergambar yang mendakwa beliau meluluskan kewarganegaraan Cina seperti yang tular di media sosial.

 

Dalam hantaran di Facebook, Saifuddin berkata, kenyataan itu adalah fitnah dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu sangat bahaya kerana ia mampu menggugat keselamatan serta keamanan rakyat dalam negara.

 

“Kenyataan ini adalah fitnah. Kelulusan kewarganegaraan adalah tertakluk kepada peruntukan oleh Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub sejak sekian lama.

 

“Tidak pernah saya mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar fitnah tersebut.

 

“Sepanjang tahun lepas, saya telah banyak memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan ini. 

 

“Namun masih ada lagi pihak yang membuat fitnah dengan permainan sentimen yang berbaur 3R,” katanya hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai mendapatkan maklumat daripada sumber tepat dan mengesahkan ia terlebih dahulu sebelum berkongsi.

 

DI Facebook, tular sebuah gambar memaparkan Saifuddin disertakan ayat menyatakan “saya meluluskan kewarganegaraan pendatang Cina. Itu hak saya rakyat tidak boleh pertikaikan, saya yang berkuasa bukan rakyat.”

 

Tegas Saifuddin, penularan fitnah dan berita palsu itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Bail out’ Anwar sama macam Tun Mahathir, kata Hassan

Next Post

Tandas RM1 bilion, sekolah pasang paip emas? soal BERSATU

Related Posts