Tandas RM1 bilion, sekolah pasang paip emas? soal BERSATU

Oleh Balqis Idris 

 

BANGI 13 RAMADAN — Ketua Penerangan BERSATU mempersoalkan keputusan Perdana Menteri memperuntukan RM1 bilion bagi menaik taraf tandas di lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

 

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata perbelanjaan itu seperti mencerminkan penggunaan “kepala paip emas” dengan anggaran hampir RM100,000 bagi setiap sekolah. 

 

“Tidak mungkin di sekolah pedalaman dan sekolah kurang murid ini belanja naik taraf tandas juga sampai RM100,000?


“Cuba kongsi sedikit gambar tandas di sekolah kurang murid yang berharga RM100,000 tersebut, hendak lihat dia pakai kepala paip emaskah?” soalnya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini meluahkan kekesalan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perbelanjaan itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyimpulkan banyak masalah infrastruktur sekolah seperti tandas memerlukan perhatian sehingga mencecah RM1 bilion.

 

Tun Faisal berkata ramai pengguna media sosial menyindir kos tinggi projek berkenaan dan mendakwa kos bagi setiap sekolah RM70,000 sahaja. 

 

Katanya, perbelanjaan sekolah pedalaman mungkin lebih rendah memandangkan bilangan pelajar yang lebih kecil. 

 

“Bila lihat komen, ada yang mengatakan bukan RM100,000 yang turun tetapi hanya RM70,000. Jadi RM30,000 hilang ke mana?

 

“Tidak mungkin tandas sekolah pedalaman dan sekolah kurang murid harganya sampai RM70,000. Berapa jamban ada dekat dalam tandas itu? Satu jamban berharga maksimum baru RM3,000.


“Berapa jamban pula yang tandas sekolah kurang murid ada? Bila tengok hasil, tidak macam kerja RM70,000 tetapi kerja RM20,000,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri nafi dakwaan ‘meluluskan kewarganegaraan pendatang Cina’

Next Post

PM kata pinjaman, Fahmi kata pelaburan, mana satu betul? – Soal Tun Faisal

Related Posts