Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 12 RAMADAN – Suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd bukan dana hangus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Perdana Menteri berkata, dana itu dijadikan sebagai modal pinjaman yang mana ia akan dibayar balik apabila pengurusan syarikat] berjaya meraih keuntungan pada masa akan datang.

 

Tambah beliau antara syarat yang ditetapkan dalam pemberian dana itu ialah pengerusi dan pengurusan kanan syarikat berkenaan mesti keluar dan digantikan dengan pengurusan baharu.

 

Malah, katanya sekiranya terdapat masalah melibatkan siasatan, siasatan itu diteruskan.

 

“Adakah ini dana hangus? Tidak. suntikan dana ini akan dijadikan modal pinjaman supaya pengurusan baharu mudah-mudahan akan mengurus lebih baik, mendapat keuntungan dan membayar semula dana suntikan RM1.1 bilion,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

 

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan dana tersebut bukan diberikan kepada syarikat, sebaliknya kepada 2,000 vendor yang mana 80% daripada adalah bumiputera.

 

Justeru, beliau menafikan langkah itu sebagai ‘bailout’ atau usaha menyelamatkan syarikat besar dengan pengurusannya.

 

“Saya tidak bantu menyelamatkan tauke-tauke kaya. Wang itu setiap sen terus kepada vendor yang telah bekerja dan tidak mendapat bayaran.

 

“Jika syarikat ini ditutup, tiada syarikat tempatan lain yang mampu mengendalikan operasi dalam industri minyak dan gas negara. Ini bermakna semua kerja di sektor ini terpaksa diserahkan kepada syarikat asing,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS dakwa kerajaan masih ‘bailout’ Sapura suntik RM1.1 bilion

Next Post

Hamas puji Yaman kembali sekat kapal Israel lintas Laut Merah

Related Posts