Hamas puji Yaman kembali sekat kapal Israel lintas Laut Merah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 12 RAMADAN — Pasukan pejuang Hamas menyambut baik keputusan Yaman meneruskan sekatan ke atas kapal Israel yang menyeberangi lautan Arab.

 

Hamas dalam satu kenyataan berkata Yaman menunjukkan solidariti sebenar dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin, lapor Press TV

 

“Keputusan itu menunjukkan pendirian sebenar rakyat Yaman dan pemimpin mereka. Ia juga menunjukkan komitmen menyokong perjuangan Palestin.

 

“Yaman memberikan tekanan sebenar untuk memecahkan kepungan yang tidak adil ke atas Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.  

 

Pasukan Bersenjata Yaman memaklumkan kelmarin mereka akan meneruskan sekatan ke atas kapal Israel daripada melalui perairan Arab. 

 

Katanya, sekatan itu dibuat berikutan keputusan Israel menyekat bantuan kemanusiaan memasuki Gaza sebagaimana yang disepakati dalam perjanjian gencatan senjata. 

 

Hamas berkata negara serantau perlu memberi tekanan kepada penjajahan Zionis sehinggalah bantuan kemanusiaan dapat kembali memasuki Gaza.

 

Yaman sebelum ini menyasarkan kapal yang menuju atau berkaitan Israel menyeberangi Laut Merah, Selat Bab El-Mandeb, Teluk Aden dan Laut Arab sejak November 2023. 

 

Sekatan yang dimulakan sebulan selepas Taufan Al-Aqsa bagaimanapun dihentikan pada Januari lalu selepas Hamas dan Israel memeterai perjanjian gencatan senjata. 

 

Perjanjian itu bagaimanapun dicabuli Israel apabila negara haram itu enggan berganjak ke fasa dua gencatan senjata. 

 

Israel kemudiannya menyekat masuk bantuan kemanusiaan dan memutuskan bekalan elektrik di Gaza. 

 

Yaman minggu lalu memberikan Israel tempoh empat hari untuk membatalkan sekatan bantuan kemanusiaan namun tidak diendahkan Israel. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

Next Post

PUTRA desak SPRM siasat Teresa Kok kes seleweng dana

Related Posts