RUU URA ancam kuasa Melayu bandar, kata Dr Mahathir

Oleh Balqis Idris


BANGI, 3 RAMADAN — Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar.


Bekas perdana menteri itu berkata model pembaharuan seperti yang dilakukan Singapura akan mengakibatkan risiko menghakis kuasa dan dominasi politik Melayu.


“Apa yang dilakukan oleh Singapura ialah mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah. Orang kampung Melayu tidak lagi hidup bersama.


Perkara yang sama akan berlaku jika contoh Singapura ditiru. Jumlah orang Melayu dalam bandar akan kurang. 

 

“Pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan jadi lebih luas.” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

 

RUU ini menimbulkan kontroversi selepas kumpulan pendesak Melayu mendakwa terdapat ancaman terhadap hak kumpulan minoriti pemilik tanah.  

 

Dewan Rakyat dijangka akan kembali membahaskan RUU ini pada sesi Parlimen akan datang selepas ia belum diserahkan kepada ahli parlimen pada sesi kali ini.

 

Dr Mahathir berkata kebanyakan kawasan setinggan dan perumahan miskin di Kuala Lumpur dihuni oleh orang Melayu.

 

Katanya, jika pembaharuan bandar dijalankan tanpa mempertimbangkan kedudukan orang Melayu, harga hartanah akan meningkat dan menyukarkan mereka untuk memiliki kediaman.

 

Usaha Tun Abdul Razak Hussein untuk memperbanyakkan orang Melayu dalam bandar akan terhapus. Bandar akan jadi tempat orang bukan Melayu.

 

“Pembaharuan bandar perlu diperbaharui namun caranya bukanlah dengan mengeluarkan orang Melayu dari bandar,” katanya.  

 

Beliau berkata walau terdapat tentangan, pembaharuan bandar masih perlu dilakukan untuk memastikan kawasan setinggan tidak menjadi beban pembangunan negara.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekilo gula RM15, harga barang di Gaza terus meningkat

Next Post

Hina upacara Hindu, Fahmi gesa SKMM panggil Astro Radio

Related Posts