NGO: Takut hilang undi, denda hina Rasulullah rendah sekali

Oleh Kamil Awang

BANGI, 13 RAMADAN — Muafakat Nasional kesal penghina Nabi Muhammad SAW sekadar didenda RM10,000 menggambarkan hukuman ringan kerajaan. 

 

Timbalan presidennya, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata kerajaan seharusnya bersikap tegas dan tidak gentar menghukum penghina Rasulullah. 

 

“Kita pun hairan denda yang dikenakan ini terpilih-pilih. Apa yang kita sedih penghinaan terhadap agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama persekutuan.

 

“Islam ini termaktub dari segi kedaulatannya. Mengapa dendanya jika dibandingkan dengan yang lain, kita berada dalam keadaan rendah sekali. Kita pun tertanya mengapa jadi begini?

 

“Jangan takut terperangkap dengan pihak tertentu, kehilangan kuasa dan undi. Dalam mencari kebenaran, kita perlu ketepikan perkara tersebut apatah lagi kepada agama Islam,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian kepada TV Pertiwi mengulas denda RM10,000 kepada pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap. 

 

Sementara itu, mengulas permohonan maaf tiga penyampai ERA yang hadir sendiri ke kuil di Batu Caves, Ridhuan berkata insiden berkenaan tidak wajar berlaku. 

 

Katanya, permohonan maaf hingga ke kuil adalah tindakan tidak wajar kerana sesetengah penganut bukan Islam sendiri cenderung menghina agama Islam.

  

“Mereka pun banyak buat silap, minta maaf selesai. Ini bukan sahaja minta maaf secara terbuka tetapi sanggup pergi ke Batu Caves. Kalau saya minta maaflah saya tidak akan buat.

 

“Kita buat silap tetapi jangan hinakan diri kita sehingga maruah kita ini berada pada tahap yang sangat rendah. Saya tidak setuju minta maaf cara begitu. 

 

“Isu ini sengaja dimanipulasikan untuk menutup isu tertentu. Kita perlu berlaku adil. Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu berpandukan kepada kebenaran,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tidak guna puasa jika tiada integriti, kata Anwar

Next Post

PEJUANG desak SPRM diletak bawah kuasa Parlimen

Related Posts