Speaker: Indonesia akan bincang cadangan AS pindahkan rakyat Gaza

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 21 Rejab — Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia akan berbincang dan membuat penilaian cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan sebahagian rakyat Gaza ke republik itu. 

 

Yang Dipertuanya, Puan Maharani berkata penilaian akan tetap dilakukan walau Indonesia menyokong penuh kemerdekaan Palestin, lapor Jakarta Globe. 

 

“Kami akan berbincang dalam Suruhanjaya 1 dan mendengar pendirian kerajaan dalam isu ini. 

 

“Pendirian Indonesia tetap teguh menyokong kerajaan Palestin,” katanya kepada pemberita di Jakarta hari ini.  

 

Sementara itu, Kementerian Luar Indonesia menafikan terdapat sebarang usaha memindahkan rakyat Gaza ke republik itu. 

 

Katanya, Indonesia kekal bersolidariti bersama rakyat Palestin dalam usaha mempertahankan tanah Gaza. 

 

“Pendirian Indonesia tidak berbelah bahagi. Sebarang percubaan untuk memindahkan atau mengeluarkan penduduk Gaza tidak boleh diterima sama sekali. 

 

“Usaha untuk mengurangkan penduduk Gaza hanya akan mengekalkan pendudukan haram Israel di wilayah Palestin yang bertujuan untuk mengusir rakyat Palestin dari Gaza,” katanya.

 

Presiden AS semalam dilaporkan bercadang menjadikan Indonesia sebagai negara penghijrahan sementara dua juta rakyat Gaza dalam usaha pemulihan Palestin. 

 

Sumber rasmi rundingan gencatan senjata memaklumkan Donald Trump mempertimbangkan pilihan itu dalam usaha membangunkan semula Gaza yang hancur dibedil Israel. 

 

“Persoalan masih berbangkit bagaimana untuk membangunkan semula Gaza dengan di mana dua juta rakyatnya boleh dipindahkan untuk tempoh itu.

 

“Indonesia sebagai contoh antara lokasi yang dalam perbincangan di mana sebahagian mereka boleh dipindahkan,” kata sumber itu yang enggan dinamakan. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Chegubard kecewa polis, SKMM biar pelawak, warga maya hina Islam

Next Post

Tunggu gencatan senjata kekal, Siti Nurhaliza mahu kembali ke Gaza

Related Posts