Rakyat Gaza tabah lihat rumah hancur dibedil Zionis

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 20 Rejab — Perasaan bercampur-baur penduduk Gaza melihat kediaman mereka yang dahulunya dipenuhi kasih sayang kini hancur dibedil Zionis. 

 

Shadi Jomaa Abu Sheha yang kembali ke rumahnya di Nuseirat, Semenanjung Gaza mendakwa rumah yang dibinanya dahulu sudah tidak dikenali, lapor AP.  

 

“Berakhirnya pertumpahan darah adalah perasaan yang tidak dapat digambarkan. Saya bersyukur saya terselamat dalam perang ini.  

 

“Apabila sampai di rumah, kami melihat kerosakan dan kemusnahan. Saya tidak dapat gambarkannya dengan kata-kata. 

 

“Saya bina rumah ini secara beransur-ansur dan apabila saya kembali, saya tidak dapat mengecamnya. Saya tidak nampak rumah saya tetapi hanya kemusnahan,” katanya. 

 

Majida Abu Jarad turut berkongsi kesedihan sama apabila melihat rumahnya yang biasa dipenuhi bunga-bunga hancur dibedil Zionis.

 

Katanya, tiada yang menyangka Zionis membedil rumah sebegitu rupa saat mereka diarah berpindah dari Beit Hanoun, lapor Reuters.  

 

“Sebaik sahaja gencatan senjata diumumkan pada Ahad, kami mula berkemas dan memilih barang-barang yang mahu dibawa pulang,” katanya.

 

Dia berkata sepanjang 15 bulan, ada kalanya mereka terpaksa tidur di bilik darjah atau di pinggir jalan bagi mendapatkan bekalan air bersih.  

 

Sementara itu, Mohamed Mahdi yang merupakan bapa kepada dua orang anak berkata perasaan teruja untuk pulang ke rumah walau tidak pasti apa yang menanti. 

 

Katanya, rumah tiga tingkatnya di Zaytoun, Bandar Gaza terpaksa ditinggalkan beberapa bulan lalu ekoran serangan Zionis yang semakin memuncak.

 

“Kami kembali bagi mencari orang yang tersayang di bawah runtuhan. Walau kemusnahan berlaku pada skala besar tetapi kami tetap meraikan detik ini. 

 

“Kami mula membersihkan jalan dan mengalihkan runtuhan. Ini detik yang kami tunggu sejak 15 bulan lalu,” katanya.

 

Ibu tunggal kepada enam orang anak, Um Saber pula mendakwa apa yang mereka lihat hanyalah mayat di pinggir jalan ketika dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Beit Lahiya.

 

Katanya, mayat yang bergelimpangan itu dianggarkan sudah terbiar sejak beberapa minggu lalu.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Laporan: 236 tahanan penjara seumur hidup akan dibuang negeri

Next Post

Menteri Kewangan Israel ugut tumbangkan kerajaan selagi tak musnah Gaza sepenuhnya

Related Posts