Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 1 APRIL — Tentera Penjajah Israel (IOF) mendakwa terowong Hamas sepanjang satu kilometer di Beit Lahiya berjaya dimusnahkan dalam operasinya di utara Gaza semalam.
IOF berkata dalam serbuan itu pihaknya menemui bengkel membuat roket dan dan tapak pelancarannya, lapor portal JNS.
“Pasukan IOF akan meneruskan operasi membanteras pasukan pejuang di Semenanjung Gaza bagi melindungi pendatang haram Israel,” katanya.
IOF kembali menyerang Gaza pada pertengahan bulan lalu selepas Hamas enggan melanjutkan gencatan senjata fasa pertama.
Gencatan senjata menyaksikan ribuan tahanan rakyat Gaza dibebaskan dari penjara Israel sebelum pemimpin negara haram itu berasa malu dengan pembebasan seorang tahanan Israel.
Operasi IOF semalam turut memaksa pengusiran penduduk Rafah dan kawasan sekitarnya dengan tiada arahan untuk menjalankan operasi skala besar di selatan Gaza.
Sementara itu, hari kedua Syawal di Gaza menyaksikan 41 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel.
Hari pertama sambutan Aidilfitri menyaksikan 64 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel yang sepatutnya menjadi hari kemenangan bagi umat Islam.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi