Masa makin suntuk, waris tahanan desak Israel henti serang Gaza

Waris tahanan berhimpun di Tel Aviv mendesak semua tahanan di Gaza dibebaskan.

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 10 Rejab — Waris tahanan Israel menggesa kerajaan haram negara itu menghentikan serangan dan pembunuhan di Gaza.

 

Mereka mendakwa fokus kini seharusnya tertumpu kepada membebaskan semua 100 tahanan yang ditahan Hamas samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, lapor Media Line.   

 

“Kami mahu semua 100 tahanan dibebaskan. Bukan secara berperingkat-peringkat. Kita tidak boleh berbeza pandangan. Tiada perbezaan bagi setiap tahanan. 

 

“Semuanya mesti pulang di bawah perjanjian yang sama,” kata Orly Chen yang merupakan peserta demonstrasi di Tel Aviv Selasa lalu. 

 

Pasukan penjajah Israel (IOF) kelmarin mengumumkan penemuan mayat tahanan, Youssef Ziyadne yang diculik semasa insiden 7 Oktober tahun lalu dalam sebuah terowong di Gaza. 

 

IOF berkata usaha sedang diteruskan bagi mengesan anak Ziyadne, Hamza yang turut diculik Hamas ketika insiden sama. 

 

Seorang lagi waris, Ella Ben-Ami berkata bapanya, Ohad Ben Ami masih berada dalam tahanan Hamas walau ibunya, Raz Ben Ami sudah dibebaskan selepas 54 hari ditahan.  

 

“Saya rindukan ayah saya dan saya mahu dia pulang. Saya tidak akan mengalah. Saya mahu kerajaan bertanggungjawab dan memastikan 100 tahanan dibawa pulang. 

 

“Kami menerima banyak video daripada Hamas yang tidak sanggup untuk ditonton menunjukkan betapa susahnya keadaan mereka,” katanya. 

 

Seorang lagi waris, Aviv Havron yang tujuh ahli keluarganya masih ditahan Hamas turut menggesa Israel menghentikan serangan di Gaza. 

 

Katanya, Israel boleh melaksanakan gencatan senjata sementara kerana Hamas pastinya akan melakukan serangan balas. 

 

“Sekarang tiada banyak alasan untuk terus menyerang Gaza maka bebaskanlah tahanan. Kita mampu bawa pulang tahanan dengan menghentikan perang.

 

“Gencatan senjata tidak bermakna Israel berhenti melawan selamanya tetapi tahanan memerlukan perang itu dihentikan sekarang,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Apa kata gantikan Orang Utan dan Penyu dengan Anwar jadi maskot’ – Tun Faisal

Next Post

BHEUU tidak terima sebarang pemakluman, arahan rasmi dari Istana Negara

Related Posts