BANGI, 9 Rejab – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menafikan dakwaan berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar itu tidak benar dan tidak berasas.
Katanya, tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.
“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.
“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” katanya.
Bagaimanapun setakat ini, KPM menjelaskan, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi