‘Takkanlah dalam 41 saat tak boleh tunjuk gambar masjid’ – Radzi

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menuntut jawapan yang lebih terperinci daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung ketiadaan imej masjid dalam video montaj mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

Naib Presiden BERSATU itu hari ini terus mengemukakan ‘soalan tambahan’ apabila jawapan yang diberikan King Sing masih mengundang tanda tanya.

 

“Takkanlah dalam masa 41 saat itu tak boleh ada visual masjid sedangkan rumah ibadat lain ada.

 

“Itu soalan yang diajukan kepada saya. Harap Menteri boleh jelaskan ya.

 

“Jawab lurus, tak payah pusing-pusing,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

 

Semalam, Radzi mencetuskan persoalan apabila video montaj mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dipamerkan beberapa hari lalu tidak memaparkan imej masjid ketika terdapat paparan rumah ibadat agama lain.

 

Persoalan ini turut dibangkitkan rata-rata pengguna media sosial yang tampil mempersoalkan perkara sama memandangkan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

 

Susulan itu, King Sing memaklumkan bahawa tujuan utama video montaj berdurasi 41 saat itu ialah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan meliputi perpaduan perkembangan ekonomi serta hala tuju negara ke hadapan, bukannya mengenai agama atau perkauman.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPM nafi dakwaan kertas Sejarah SPM bocor

Next Post

Persoal ketiadaan imej masjid, identiti Islam bukan tindakan ekstrimis – Lukman

Related Posts