5 wartawan maut dalam serangan Israel di Gaza

Serangan Israel di Gaza menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kematian puluhan ribu rakyat Palestin sejak Oktober 2023. – Foto: CNN

Lima wartawan disahkan maut dalam serangan Israel di Gaza pagi tadi, demikian menurut laporan media antarabangsa.

 

Menurut laporan Aljazeera, kematian lima wartawan itu menjadikan keseluruhan jumlah petugas media yang terbunuh sejak peperangan itu bermula.

 

“Pejabat Media Kerajaan mengecam keras serangan Israel yang mensasarkan dan membunuh wartawan Palestin.

 

“Kami menyifatkan penjajahan Israel, pentadbiran Amerika Syarikat dan negara yang bersekutu melakukan genosid ini seperti United Kingdom, Jerman dan Perancis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah kejam ini,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik laporan Aljazeera.

 

Pejabat Media itu turut mendesak komuniti dan organisasi antarabangsa mendakwa Israel atas jenayahnya di mahkamah antarabangsa dan mengheret penjajah Israel ke muka pengadilan.

 

Dalam pada itu, laporan daripada Pejabat Kesihatan di Gaza turut mengesahkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh termasuk lima wartawan berkenaan dalam serangan oleh negara haram Israel.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaji naik, CUEPACS gesa penjawat awam tidak tukar telefon baharu

Next Post

Kemuka permohonan pelesenan segera sebelum 31 Disember 2024 – MCMC

Related Posts