Kemuka permohonan pelesenan segera sebelum 31 Disember 2024 – MCMC

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan supaya mengemukakan permohonan mereka segera sebelum tarikh akhir 31 Disember ini.

 

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil.

 

Dalam kenyataan itu, MCMC turut mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) sudah memulakan proses pelesenan untuk mereka beroperasi di Malaysia.

 

“MCMC memuji komitmen Telegram dan Tencent untuk mematuhi keperluan pelesenan tersebut. Kedua-dua platform dijangka akan memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

 

Dalam pada itu, MCMC turut mengingatkan bahawa keperluan pelesenaan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

 

“Kerangka ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.

 

“Rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan yang lebih teguh terhadap kandungan berbahaya,” kata MCMC.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

5 wartawan maut dalam serangan Israel di Gaza

Next Post

Papar bendera China pada replika roket: Penganjur wajar dikenakan tindakan

Related Posts