Banjir: Semua cuti menteri dibekukan – PM

Oleh: Wartawan Pertiwi 

 

BANGI, Jumaat –   Susulan bah banjir yang makin memburuk di negara ini, cuti buat semua Jemaah Menteri dibekukan serta merta. 

 

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut  meminta agar seluruh barisan kabinet samada menteri atau timbalan menteri untuk turun ke padang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas. 

 

“Ya (cuti dibekukan), semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Putrajaya, hari ini. 

 

Setakat tengah hari tadi, bilangan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak, Melaka dan Johor secara terus meningkat kepada lebih 85,000 orang. 

Sumber: KOSMO 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Banjir: Jumlah mangsa terus meningkat kepada 74,262 orang di 7 negeri

Next Post

Hukuman penjara 7 tahun, sebatan terhadap Syed Saddiq munasabah – Mahkamah

Related Posts