Oleh: Wartawan Pertiwi
BANGI, Jumaat – Susulan bah banjir yang makin memburuk di negara ini, cuti buat semua Jemaah Menteri dibekukan serta merta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta agar seluruh barisan kabinet samada menteri atau timbalan menteri untuk turun ke padang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas.
“Ya (cuti dibekukan), semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Putrajaya, hari ini.
Setakat tengah hari tadi, bilangan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak, Melaka dan Johor secara terus meningkat kepada lebih 85,000 orang.
Sumber: KOSMO
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI