NASIONALIS gesa Melayu ubah minda peminta sedekah

Oleh Kamil Awang

 

Gabungan Nasionalis menggesa orang Melayu tidak lagi mengharapkan kuasa politik sebagai medan membangunkan anak bangsa. 

 

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata orang Melayu akan terus berdepan malapetaka jika mengharapkan politik sebagai jalan penyelesaian. 

 

“Adakah dengan hanya menyalahkan pemimpin politik akan menyelesaikan nasib orang Melayu? 

 

“Sikap menyalahkan orang lain ini memang mudah tetapi untuk menyalahkan diri sendiri adalah sesuatu yang sangat sukar. 

 

“Tidak ada mana-mana kumpulan manusia atau bangsa boleh maju ke hadapan jika hanya sekadar menuding jari pada orang lain,” coretnya di laman Facebook miliknya hari ini. 

 

Aminuddin berkata selagi orang Melayu duduk dalam fasa kejahilan maka selagi itulah nasib mereka tidak akan berubah.

 

Katanya, permasalahan yang berlaku di kalangan orang Melayu bukanlah sesuatu yang baharu tetapi bermula sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini. 

 

“Tidak dapat dinafikan permasalahan itu semakin meruncing dan kritikal sejak akhir-akhir ini apabila orang Melayu dilihat sudah semakin hilang kuasa politik.

 

“Pemimpin politik menjadi sasaran kritikan sebagai penyebab kepada nasib orang Melayu. 

 

“Menjadikan politik sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah adalah satu malapetaka yang menimpa orang Melayu,” katanya. 

 

Sehubungan itu, Aminuddin berkata orang Melayu perlu bermuhasabah agar tidak melihat politik sebagai medan tunggal merubah diri. 

 

Katanya, minda “peminta sedekah” perlu diubah agar jatidiri Melayu mampu diangkat ke peringkat lebih tinggi. 

 

“Salah diri sendiri. Kenapa kita bergantung dengan politik. Orang Melayu masih ada minda ‘peminta sedekah’. Tidak mahu berdikari. Kita miskin segala-galanya.

 

“Miskin harta, miskin moral dan miskin rohani. Sebab itu kita senang diperkotak-katikkan. Wajib ubah pemikiran.  

 

“Ya dan ini sangat kritikal kalau Melayu mahu maju dan berjaya,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada TV Pertiwi. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PERKASA kesal Azmin mengaku iktiraf sijil UEC ketika jadi MB Selangor

Next Post

Israel memang negara haram – Tun Mahathir

Related Posts