Israel memang negara haram – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Israel sebenarnya tidak wujud kerana ia ditubuh secara haram tanpa ‘plebiscite’ (pungutan suara) dalam kalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

 

Justeru, beliau berkata, Malaysia tidak pernak iktiraf Israel.

 

“Israel memang negara haram. 

 

“Tetapi jika Israel iktiraf Palestin, Palestin akan iktiraf Israel. (Yasser) Arafat bersetuju, kita juga setuju.

 

“Tetapi sehingga sekarang, Israel tidak iktiraf Palestin,” katanya menerusi ciapan di X hari ini.

 

Tambah beliau, negara haram Israel hanya iktiraf pihak berkuasa Palestin manakala Malaysia sepanjang masa iktriaf Palestin.

 

“Kita terima duta Palestin. Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel.

 

“Tidak pernah saya ‘la kan’ adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya,” ujar beliau

 

#TVPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

NASIONALIS gesa Melayu ubah minda peminta sedekah

Next Post

Anwar lebih bijaksana jika akui hak rakyat Palestin, kata Hassan

Related Posts