Jangan berdolak-dalih, apa pendirian PM terhadap ‘hak’ Israel untuk wujud? – Rafique

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Kerajaan diminta tidak berdolak-dalih terhadap kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau mengenai ‘hak’ kewujudan negara haram Israel.

 

Beliau menegaskan, jawapan dan soalan dikemukakan pada sesi wawancara bersama CNN yang dihoskan Richard Quest baru-baru ini sememangnya jelas bagi masyarakat umum.

 

“Memang perasaan marah rakyat itu jelas, kenyataan Anwar salah.

 

“Kita harus dapat pengesahan apa sebenarnya pendirian beliau terhadap isu hak Israel itu wujud,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Sebelum ini, jawapan Anwar pada wawancara itu mencetus pelbagai reaksi apabila beliau menjawab ‘ya’ ketika ditanya sama ada beliau akui hak Israel untuk wujud dan hak negara haram itu mempertahankan diri.

 

Namun dalam sidang media di Peru pada Sabtu lalu, Anwar berkata, perkara itu telah diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memberi gambaran beliau mengiktiraf Israel.

 

Susulan itu, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan yang dibuat Anwar berhubung penjelasan jawapan yang diberikan pada wawancara berkenaan.

 

Mukhriz menyifatkan penjelasan Anwar ibarat ‘menegakkan benang yang basah’ dan menekankan bahawa soalan yang ditanya Richard bukan sama ada Anwar akui kewujudan Israel tetapi lebih kepada ‘hak’ negara haram itu untuk wujud.

 

Dalam pada itu, Rafique turut menyeru supaya semua pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu lantang menyuarakan sokongan terhadap isu Palestin secara berterusan bagi mencerminkan pendirian sebenar negara ini berhubung konflik tersebut.

 

Beliau berkata, pemimpin parti politik dan NGO perlu berani menegur kerajaan sekiranya terdapat sebarang salah laku atau mengeluarkan kenyataan salah yang memberi gambaran salah berhubung pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan kekejaman Israel.

 

“Kalau kerajaan buat salah, rakyat dan pimpinan politik lain harus perbetulkan.

 

“Bukan (hanya) rakyat sahaja, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik dan NGO pun harus bersuara,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penjara Thailand jamin penyanyi wanita Kelantan diberi hak amalkan Islam

Next Post

Pengadu tarik laporan, mahkamah tangguh kes hasutan kasino Forest City

Related Posts