Anwar jawab mengapa tidak lindung pemberi maklumat rasuah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak timbul isu kewajaran Perdana Menteri perlu memberikan perlindungan kepada pemberi makumat rasuah.  

 

Presiden PKR itu berkata siasatan kes rasuah merupakan bidang kuasa agensi penguatkuasaan yang lebih arif dalam memberi perlindungan kepada pemberi maklumat.  

 

“Inilah yang saya tengok dalam liputan media sekarang, siapa sahaja yang beri maklumat, mengapa Perdana Menteri tidak beri perlindungan?

 

“Saya tidak tahu kes apa? Apa yang dia lakukan? Mungkin bersih, mungkin baik, mungkin tidak terlibat, mungkin terlibat. Jadi serah kepada penguatkuasaan.

 

“Orang yang beri maklumat secara ikhlas dan tidak terlibat dalam rasuah harus diberikan perlindungan,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA. 

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kaherah, Mesir semalam mengulas kontroversi lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah terlibat rasuah.    

 

Anwar berkata pihak berkuasa perlu diberi kebebasan sepenuhnya dalam menyiasat kes rasuah agar urusan pendakwaan dapat disegerakan.  

 

“Kalau kita benar, kita ini beriltizam dalam membanteras rasuah yang sudah menjadi sistemik ini, maka kita beri laluan sepenuhnya kepada badan penguatkuasaan. 

 

“Kalau tanya saya, mesti disegerakan, mesti telus, mesti adil. Bila? Itu terserah kepada keupayaan [pihak berkuasa],” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sabah sedia kerjasama, tidak mahu bersembunyi siasat lapan ADUN libat skandal rasuah – Hajiji

Next Post

Tun Daim meninggal dunia

Related Posts