Anwar seru dunia untuk bersepakat gantung, halau Israel dari jadi anggota PBB

Oleh: Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, Selasa –  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat dunia untuk sama-sama membina kesepakatan bagi menggantung atau menghalau terus Isr4el daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

 

Anwar berkata demikian ketika menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara-Negara Islam di Riyadh, Arab Saudi hari ini setelah melihat pada tindakan Isr4el yang telah melampaui batas kewarasan dan kemanusiaan dengan melakukan gen0sid terhadap rakyat Palestin. 

 

Ujarnya lagi, tindakan kekejaman rejim haram Zi0nis yang berterusan terhadap sebuah bangsa secara keseluruhan memaksa komuniti dunia tiada pilihan selain menuntut tindakan pantas dan berkesan termasuk embargo, penggantungan bahkan pengusiran dari PBB. 

 

“Komuniti antarabangsa mesti bertindak pantas dan tegas. Sebagai langkah segera, kita mesti mendesak seperti yang dilakukan Malaysia pada Perhimpunan Agung PBB pada September lepas untuk mengenakan embargo senjata segera terhadap Israel.

 

“Demi kepentingan bukan sahaja rakyat Palestin tetapi juga kemanusiaan secara keseluruhan, kita harus menghukum dan menghalang pencabulan berulang Israel terhadap undang-undang dan norma antarabangsa. 

 

“Oleh itu kita perlu membina kesepakatan ke arah menggantung atau menyingkirkan Israel daripada PBB,” katanya.

 

Tegasnya, Israel tidak lagi layak untuk duduk bersama di dalam komuniti negara-negara bertamadun dan kebiadabannya menuntut tindakan tegas untuk melindungi bukan sahaja Timur Tengah tetapi juga kepada keseluruhan sistem global. 

 

“Dengan menghalang UNRWA daripada beroperasi, Israel menyebabkan kemusnahan tindak balas kemanusiaan dunia, memutuskan cara paling asas untuk kelangsungan hidup di Gaza bagi mereka yang telah kehilangan begitu banyak.

 

“Kita mesti menghentikan pembunuhan kejam yang berterusan ini dan mengambil langkah segera untuk memberikan perlindungan yang lebih berkesan kepada UNRWA, katanya. 

 

Justeru, katanya, sekiranya dunia sekali lagi gagal bertindak, keganasan oleh Isr4el ianya akan mencetuskan api kekejaman yang boleh merebak, membahayakan seluruh kawasan dan lebih jauh lagi kerana jenayah tentera rejim haram Isr4el telah merebak ke Lubnan, Yemen, Syria, Iraq dan Iran. 

 

Sumber: BERNAMA 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS gesa SPRM siasat skandal rasuah libatkan 8 ADUN tanpa tunggu aduan rasmi

Next Post

Agong gesa Kementerian Pertahanan pandang serius isu buli di UPNM

Related Posts