Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, Rabu – Serangan artileri Z10nis 15rael pada Selasa memusnahkan bangunan kediaman di Selatan Beirut sehingga menjadi debu.
Setakat ini masih belum dapat dipastikan jumlah mangsa yang terkorban dan cedera akibat serangan berkenaan.
Bukti kekejaman itu sempat dirakam oleh salah pengamal media Lubnan.
“Saya mendengar bunyi peluru berpandu menuju ke arah bangunan dan kemudian saya memulakan penggambaran,” kata jurugambar Bilal Hussein.
Serangan itu berlaku kira-kira 40 minit selepas jurucakap tentera 15rael menyiarkan amaran dalam bahasa Arab di media sosial, memberitahu orang ramai di dalam dan sekitar bangunan di pinggir selatan Beirut bahawa mereka harus mengosongkan kawasan itu.
Tempoh yang diberikan tidak sempat untuk orang ramai menyelamatkan diri termasuk mereka yang berada di sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan mengapa bangunan itu menjadi sasaran, selain mengatakan ia berdekatan dengan “kepentingan dan kemudahan” yang dikaitkan dengan kumpulan Hizbullah.
Sumber : AP News
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
#Beirut #Lubnandiserang #Z10nis #1srael