Oleh: Yusre Mize
BANGI, Rabu – Rakyat Malaysia mampu menolong rakyat P4lestin dari aspek media tanpa perlu pergi ke G4za mengangkat senjata melawan tentera 15rael.
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan P4lestin (GSPP), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, sekiranya rakyat Malaysia mampu menggunakan media dengan naratif yang betul, mesej pembebasan P4lestin boleh disampaikan kepada masyarakat dengan cara masing-masing.
“Kekuatan orang Malaysia adalah media kerana ada kreativiti tertentu yang amat tinggi sehingga orang 15rael boleh marah dengan orang Malaysia.”
“Jadi, sekiranya semua media boleh memainkan dan memahami naratif yang betul, boleh sampaikan kepada masyarakat dengan cara masing-masing. Daripada bercakap isu cerai manusia, lebih baik kita sampaikan naratif yang betul,” katanya.
Dalam pada itu kata Ustaz Fauzi, GSPP belum mengeluarkan kenyataan berhubung kesyahidan pemimpin H4mas, Y@hya S1nwar untuk mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
Ini kerana katanya, sekiranya memberi pandangan yang silap boleh menimbulkan pelbagai persepsi termasuk menyebabkan rakyat P4lestin berasa kecewa dan hilang harapan.
Tambah Ustaz Fauzi, kesyahidan 1smail H4niyeh sudah memberi luka yang dalam terhadap rakyat P4lestin kerana menganggap pemimpin H4mas itu sebagai tokoh yang amat disegani.
Pada 2021, Netizen Malaysia berjaya mempopularkan perkataan “koyak” tersenarai dalam Urban Dictionary beserta maksud dan cara penggunaan perkataan tersebut.
Selain itu, penggondam dari Malaysia yang terdiri daripada AnonGhost, DragonForce Malaysia dan beberapa lagi pasukan lain telah bersatu melumpuhkan sistem pengkalan data 15rael.
Angkatan Pertahanan 15rael (IDF) dalam satu kenyataan pernah merayu rakyat Malaysia dan Indonesia untuk tidak lagi menyerang mereka kerana sudah penat menghadapi kumpulan netizen.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#Isr4elKoyak #IDF #NetizenMalaysia