Oleh: Wartawan Pertiwi
BANGI, Khamis – Bilionair Malaysia , T Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini.
Perkara itu disahkan oleh, syarikat pegangan pelaburan yang diterajui mendiang, Usaha Tegas Sdn. Bhd menerusi satu kenyataan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, keluarga mendiang memutuskan untuk berkabung secara tertutup.
“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan pemergian pengerusi kami, T Ananda Krishnan, yang meninggal dunia dengan tenang pada 28 Nov.
“Beliau memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara dan dunia korporat, serta inisiatif kebajikannya telah menyentuh banyak kehidupan. Kami dengan rendah hati memohon agar permintaan keluarga untuk berkabung secara peribadi dihormati,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Ananda merupakan seorang alumni daripada Sekolah Perniagaan Harvard dan juga pengasas utama kepada syarikat telekomunikasi dan pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia iaitu Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran media, Astro Malaysia Holdings.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI