17,452 keputusan kewarganegaraan setakat 1 Oktober 2024 – KDN

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengeluarkan sebanyak 17,452 keputusan kewarganegaraan setakat 1 Oktober lalu, melebihi sasaran 17,000 permohonan yang ditetapkan.

 

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, KDN sentiasa komited untuk memastikan setiap permohonan kewarganegaraan diproses dengan telus, adil dan mengikut peruntukan undang-undang.

 

Katanya, setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian rapi berdasarkan peruntukan undang-undang dan kementerian berusaha mengurangkan tempoh menunggu bagi mereka yang telah mengemukakan dokumen lengkap.

 

“Walau bagaimanapun, proses ini perlu dijalankan dengan cermat bagi memastikan pemohon memenuhi semua syarat dan kriteria ditetapkan.

 

“Setiap permohonan akan dinilai dengan teliti tanpa mengira keturunan, agama atau pangkat pemohon,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya. 

 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beban membuktikan kelayakan terletak pada pemohon yang mana pertimbangan dibuat berdasarkan syarat dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan seperti pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

 

“Penilaian setiap permohonan bergantung kepada dokumen sokongan dan fakta kes yang dikemukakan.

 

“Walaupun proses ini memerlukan masa, KDN berusaha mempercepatkan pengeluaran keputusan,” tambahnya.

 

Tambah beliau, kementerian telah mengeluarkan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan secara naturalisasi di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pada 30 September lalu.

 

Katanya, SOP 19(1) itu akan berkuat kuasa bagi permohonan kewarganegaraan mulai 1 Januari 2025.

 

“Melalui SOP baharu ini, proses permohonan dan tempoh masa pemprosesan adalah selama satu tahun,” ujarnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Warga emas maut, berpuluh lagi dirawat lepas makan burger McDonald’s di AS

Next Post

Kekuatan rakyat Malaysia pada media, mampu buat Israel marah – GSPP

Related Posts