KHAMIS, 20 JANUARI – Berehatlah sementara atau ambil cuti…”. Itu saranan Pakar Geostrategis, Azmi Hassan ketika memberi pandangan mengenai situasi yang melanda pemimpin nombor satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.
Sudah menjadi kelaziman setiap penjawat awam akan disiasat sekiranya terdapat laporan mengenai sesuatu isu tidak mengira pangkat, oleh itu – Bagi menjernihkan keadaan seharusnya pihak yang disiasat wajar berkecuali dengan mengundurkan diri buat sementara sehingga siasatan selesai ke atasnya.
Azmi Hassan, Pakar Geostrategis berkata :
“…. Seharusnya Ketua Pengarah TS Azam Baki mengundur atau bercuti rehat, tidak perlu menunggu arahan Perdana Menteri…. Membuatkan Perdana Menteri itu sendiri serba salah….
Mengulas lanjut, langkah yang dicadangkan bukan sahaja beliau bahkan banyak pihak ini adalah bagi mengekalkan kredibiliti S-P-R-M di mata masyarakat.
Jelasnya, sebagai penjawat awam – Bercuti rehat seketika semasa sesuatu siasatan dilakukan atau isu sedang hangat adalah langkah terbaik sehingga benar-benar didapati tidak bersalah.
Azmi turut menjelaskan, perkara ini berbeza jika dibandingkan dengan kes rasuah yang melanda Lim Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang beberapa tahun lalu kerana Azam Baki ialah penjawat awam manakala Lim Guan Eng adalah pemimpin politik.
Ujarnya lagi, Pakar Geostrategis berkata bahawa :
“…. Seharusnya meletakkan tahap standard yang lebih tinggi berbanding dengan Lim Guan Eng, sebab itu dikatakan atas inisiatif sendiri…. Ini menunjukkan integrity yang tinggi…”
Terdahulu, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mengesyorkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dicutikan sementara siasatan dibuat terhadap dakwaan beliau memiliki saham.
Menerusi Pengerusi JKMR, Tan Sri Rais Yatim — Ini adalah bagi membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuat siasatan dengan lebih telus tanpa keberadaannya sebagai pengerusi badan itu.