Israel umum darurat di Tel Aviv

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion dihentikan apabila Israel mengumumkan darurat di Tel Aviv

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion dihentikan selepas tentera negara haram Israel mengumumkan darurat di Tel Aviv, demikian menurut laporan media antarabangsa.

 

Difahamkan, ia susulan serangan berterusan Hizbullah di Israel yang melancarkan peluru berpandu ke kawasan pinggir bandar mengakibatkan letupan besar. 

 

Menurut Aljazeera, Hizbullah juga melakukan serangan terhadap pangkalan Gilot yang terletaknya unit perisikan tentera Israel, namun tiada kecederaan dilaporkan.

 

Laporan itu berkata, sebanyak 12 peluru pandu jarak sederhana dilancarkan terhadap wilayah Haifa dan Tel Aviv sekali gus menunjukkan keupayaan Hizbullah untuk terus berperang.

 

“Kumpulan bersenjata dari Lubnan itu mendakwa telah mengebom pangkalan tentera laut Stella Maris di barat laut Haifa.

 

“Hizbullah juga memuat naik gambar di Telegram bersertakan kapsyen yang mendakwa mereka telah melancarkan peluru berpandu ke utara Caesarea di mana terletaknya kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu,” demikian menurut laporan Aljazeera.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas tidak cadang lantik pengganti Sinwar hingga Mac 2025

Next Post

Anwar nafi gagal menoktahkan kemiskinan tegar

Related Posts