KAHERAH, 28 ZULHIJJAH — Tujuh anggota tentera Israel, iaitu seorang pegawai dan enam askar, terbunuh dalam pertempuran di selatan Semenanjung Gaza, semalam.
Menurut kenyataan Tentera Israel, dalam satu kejadian berasingan, seorang lagi askar rejim Zionis cedera parah, juga di selatan Gaza,
Media Israel melaporkan bahawa tujuh anggota berkenaan berada di bandar Khan Younis apabila sebuah peranti letupan yang dipasang pada kenderaan mereka meletup, menyebabkan kenderaan tersebut terbakar.
Perang di Gaza tercetus selepas serangan pejuang Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan kira-kira 1,200 rakyat Israel.
Bagaimanapun serangan udara dan darat Israel selepas itu di Gaza meragut lebih 56,000 nyawa rakyat Palestin, serta menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai lebih 2 juta orang kehilangan tempat tinggal serta mencetuskan krisis kebuluran.
Menurut catatan tentera Israel, seramai 19 askar telah terbunuh sejak awal bulan Jun dalam pertempuran di Gaza.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi