Oleh Wartawan TV Pertiwi
Kesyahidan Ketua Biro Politik H4m45, Y4hya S1nw4r mengundang tanda tanya siapa yang akan menggantikan jawatan penting itu meneruskan perjuangan penduduk G4z4.
Agensi berita AFP yang memetik sumber berkata, kepimpinan H4m45 tidak berhasrat mencari calon yang layak bagi menggantkan tempat S1nw4r.
Sumber itu berkata, empat pemimpin kanan yang dipilih pada Ogos lalu selepas kesyahidan 15m43l H4n1y3h akan bersama-sama memimpin H4m45.
Empat pemimpin itu adalah Khalil Al-Hayya, Zaher Jabarin, Kh4l3d M3sh4l dan Setiausaha Biro Politik H4m45 Mohammed Darwish.
Kesemua pemimpin ini berada di Qatar dan bertanggungjawab mengatur gerakan, keputusan strategik dan masa depan H4m45.
Sumber itu juga memaklumkan pengganti S1nw4r hanya akan dipilih dalam pemilihan akan datang yang dijangka berlangsung pada Mac 2025.
Ahli Biro Politik H4m45, Bassem Naim dilaporkan berkata kumpulan itu menjadi semakin kuat dan popular dengan kesyahidan pemimpin utama mereka.
Katanya, ia termasuk pengasas H4m45, Sheikh Ahmad Y4551n dan Abdel Aziz Rantisi yang terbunuh dalam serangan udara pada 2004.
“H4m45 semakin kuat dan popular. Pemimpin-pemimpin ini menjadi ikon kepada generasi masa depan,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI