Israel reka cerita, dakwa hospital di Beirut jadi kubu pertahanan Hizbullah

Petugas kesihatan sedang memeriksa sebuah ambulans yang musnah diserang tentera negara haram Israel di Selatan Lubnan. Foto – Aljazeera

Pihak pengurusan Hospital Besar Sahel yang terletak di Selatan Beirut menawarkan pihak media membuat lawatan dan liputan di kawasan hospital terbabit untuk membuktikan bahawa tiada wang tunai berjumlah jutaan dolar dan jongkong emas disimpan di dalam fasiliti kesihatan itu.

 

Berdasarkan laporan media antarabangsa, Israel sebelum ini turut menyerang hospital di Lubnan dan Gaza, dan membuat dakwaan kononnya hospital menjadi fasiliti operasi untuk musuh-musuhnya iaitu Hamas dan Hizbullah.

 

Bagaimanapun, negara haram Israel tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuduhan mereka.

 

Aljazeera sebelum ini melaporkan Hospital Besar Saleh terpaksa memindahkan pesakit dan kakitangan mereka apabila Israel mendakwa hospital itu dijadikan sebagai kubu pertahanan Hizbullah yang dipenuhi wang tunai di fasiliti itu.

 

Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan pengarah hospital terbabit.  – Aljazeera

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah kerajaan terlalu ego tidak mahu kembalikan GST? – BERJASA

Next Post

Malaysia import 1,358,718 tan beras setakat September

Related Posts