Penumpang terselamat nahas Air India kini dirawat akibat trauma

NEW DELHI, 22 MUHARRAM – Mangsa tunggal yang terselamat dalam tragedi pesawat Air India AI717, Vishwas Kumar Ramesh, kini mendapatkan rawatan psikiatri selepas mengalami tekanan trauma akibat nahas yang meragut nyawa abangnya serta 259 yang lain.

Vishwas, warga Britain berketurunan India, satu-satunya penumpang – berjaya keluar dari pesawat Boeing 787 Dreamliner yang terhempas beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad pada 12 Jun lalu.

Bagaimanapun, abangnya Ajay Kumar, yang menaiki pesawat sama untuk pulang ke London selepas pulang ke kampung halaman di Diu, tidak terselamat dan disahkan antara 241 mangsa dalam pesawat yang maut, termasuk 19 orang awam di darat.

Menurut sepupunya, Sunny, Vishwas kini berdepan gangguan emosi yang serius dan tidak mampu berinteraksi walaupun dengan ahli keluarga sendiri.

“Ramai yang hubungi kami untuk bertanya khabar Vishwas, termasuk saudara-mara di luar negara. Tapi dia enggan bercakap dengan sesiapa.

“Dia masih belum dapat mengatasi trauma kehilangan abangnya dan insiden nahas yang begitu tragik.

“Dia sering terjaga pada waktu malam dan sukar untuk tidur semula. Dua hari lalu kami membawanya berjumpa pakar psikiatri,” katanya, dipetik agensi berita PTI.

Tambahnya, Vishwas juga masih belum membuat sebarang keputusan untuk pulang ke London kerana rawatannya baru sahaja bermula.

“Saya nampak pintu terkopak, saya cuba lari keluar”

Sehari selepas nahas, Vishwas menerima kunjungan Perdana Menteri Narendra Modi di hospital. Dalam pertemuan itu, beliau menceritakan detik cemas ketika pesawat mula hilang kawalan.

“Beberapa saat selepas berlepas, pesawat seperti terhenti di udara. Bahagian tempat duduk saya jatuh ke aras bawah bangunan kolej perubatan berhampiran.

“Apabila saya nampak pintu telah terbuka dan terkopak, saya kata pada diri sendiri, saya harus cuba keluar.

“Akhirnya saya berjaya lepaskan diri,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, siasatan terhadap punca nahas masih dijalankan, dengan laporan awal menunjukkan tindakan juruterbang mungkin menjadi punca kegagalan enjin, namun pihak berkuasa penerbangan India dan pakar antarabangsa masih meneliti kotak hitam pesawat dan data teknikal lain sebelum sebarang kesimpulan diumumkan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tragedi monsun Pakistan ragut 63 nyawa dalam sehari

Next Post

Trump disahkan alami masalah vena punca bengkak kaki

Related Posts